Anonymous
6 tahun
Masalah period yang tidah teratur
salam, saya berumur 23 tahun.
saya mengalami masalah period tidak teratur dari umur 19 tahun lagi. period saya tidak menentu kadang2 2or 3 bulan sekali… saya juga sering merasa sakit di bahagian bawah perut saya apa yang perlu saya buat
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Terdapat juga lagi beberapa punca yang lain seperti:
- Gangguan hormon
- Hamil
- Penyusuan badan
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.



























