Sulit

3 tahun

Masalah pernafasan dan berbunyi apabila bernafas. Tekak merah tetapi tonsil tiada masalah. Bernafas rasa tercekik apabila tarik nafas dalam² dan tak boleh bernafas. Hidung tersumbat sebelah secara bergilir gilir namun tiada hingus

Saya lelaki berumur 22 tahun, saye sudah 3 bulan rase sukar bernafas namun tidak rase penat cuma apabila saya bernafas, nafas saya berbunyi seperti dengkur. Bila saya bernafas tekak saya rasa ketat ibarat tecekik dan tak boleh tarik nafas. Hidung saya selalu tersumbat namun tiada hingus. Saya tidak ada batuk, demam, selesema. Cuma perut saya rasa panas. Saya rasa terseksa hidup seperti ini selame 3 bulan. Saye sudah ke klinik ENT Dr. Sudha di taiping. Beliau sudah membuat endoscope untuk lihat di dalam hidung dan tekak saya. Beliau beritahu saya ada LPR. Beliau memberi ubat selama seminggu. Namun sudah sebulan selepas ke klinik Dr sudha, penyakit saya masih begini. Saya sudah ke klinik ENT di hospital teluk intan 2 minggu lepas, doctor tersebut hanya bertanya soalan dan beritahu benda yang sama iaitu saya menghidap LPR. beliau memberi pantoprazole sebanyak 60 biji. Saye sudah makan ubat tersebut namun saya masih rasa tidak boleh bernafas. Saya sudah membuat x-ray di tekak dan paru-paru namun doctor beritahu leher dan paru-paru saya berada dalam keadaan baik. Saya rasa terseksa dan buntu. Apa patut saya buat skarang doctor?

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah dan punca seperti:

  • Anemia - kurang darah merah
  • Penyakit Asma
  • COPD: Masalah paru-paru sempit
  • Penyakit TB
  • Alahan
  • Penyakit jantung koronari
  • Laryngopharyngeal reflux (LPR)
  • Masalah tertekan, keresahan, panik (psikiatri)

Anda disarankan untuk:

  • Makan dengan jumlah yang lebih sedikit tetapi lebih kerap
  • Makan dengan perlahan dan kunyah makanan sehingga lumat
  • Kurangkan makanan pedas dan berminyak
  • Elakkan makan 3-4 jam sebelum tidur
  • Kerapkan bersenam
  • Kurangkan berat badan
  • Minum air secukupnya
  • Elakkan merokok, rokok eletronik, alkohol, kafein dsb
  • Gunakan 2-3 bantal untuk tidur/ Naikkan kepala lebih atas berbanding dada ketika hendak tidur

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah kesukaran bernafas merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar ENT atau pakar respiratori mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Terima kasih.
batuk-kering

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)