
Sulit
5 tahun
Masalah pernafasan sewaktu tidur tetapi tidak kerap
Hello doktor…saya lelaki berusia 29 tahun…saya ingin memaklumkan masalah saya iaitu sewaktu tidur, saya akan mengalami masalah spt sukar untuk menarik nafas. Adakalanya normal adakalanya tidak.bila dalam keadaan normal atau santai, ok je…kadang2 saya perlu menguap untuk membolehkan saya bernafas.situasi itu spt saya perlu menarik nafas dalam2 supaya ‘lepas’ untuk bernafas…saya tidak ada mengalami lain2 simtom spt penat, tidak bermaya atau yg berkaitan…bantu saya doktor tentang permasalahan ini…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
- asma
- jangkitan COVID19
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.