
Sulit
3 tahun
Masalah pernafasan tidak puas
Saya wanita berumur 32 tahun… Nak tanya kenapa sejak ni saya adalh masalah pernafasan tidak puas… Asyik menguap jika nafas tidak cukup…cukup risau dbuat nya… Adakh saya mpunyai masalh kesihtatan tidak baik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah pernafasan yang tidak puas ataupun gangguan pada pernafasan anda. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Resdung
- Kepenatan dan kurang berehat
- Ketegangan otot dada
- Alahan
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Kekurangan darah atau anaemia
- jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema)
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease)
- Asma
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- kegelisahan (Anxiety Disorders)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.