Sulit
5 tahun
Masalah pertumbuhan pada permukaan servik atau Polips
Saya wanita 20 an. Harini saya perasaan ada sesuatu yang aneh pada permukaan rahim saya dan saya telah buat kajian mengenai pertumbuhan tersebut kemungkinan polips. Boleh saya tahu polips ni boleh hilang atau perlukan rawatan doktor ? Apa yang perlu saya cakap ketika konsult dengan doktor. Atau saya boleh buat rawatan sendiri ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, ketumbuhan pada rahim tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Rahim ialah organ dalaman yang memerlukan imbasan ultrasound untuk melihatnya. Maka, kami memerlukan maklumat lanjut tentang gejala yang anda hadapi sehingga menyebabkan anda merasakannya sebagai polip.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih. Jawapan ini ialah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.





































