
Sulit
4 tahun
Masalah perut bunxit
I am hi doctor. Saya perempuan 21 yahun. Dahulu saya ada masalah sembelit yang terlalu teruk dimana pernah sebulan tidak buang air besar. Namun sekarang masalah sembelit dah kurang namun saya ada masalah di mana perut saya terlalu membuncit. Ibu saya selalu mempertokaikan perut buncit saya seolah olah saya seperti sedang emngandung. Adakah perut buncit merupakan salah satu pembawaan oenyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan adalah tidak mencukupi untuk pihak kami membuat kesimpulan.
Untuk makluman pihak anda, masalah perut buncit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lemak
- Tahi
- Angin
- Mengandung
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.