
morinidion
5 tahun
Masalah pigmentasi di muka
Saya berumur 42 tahun, sejak 2 tahun lalu, saya mengalami masalah pigmentasi di kedua belah pipi, semakin ketara. Saya telah berjumpa doktor di klinik kecantikan dan telah diberikan ubat tranexamic acid dan rawatan laser. Pertanyaan saya, adakah ubat tranexamic acid berkesan untuk pigmentation? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kami tidak dapat untuk memberikan pandangan sahih berkenaan dengan isu ini kerana kami bukan pakar rawatan kulit. Untuk makluman anda, ubat ini selaluna digunakan untuk merawat
- Pendarahan haid berlebihan
- Masalah pendarahan
Anda dinasihatkan untuk memeriksa berkenaan tauliah klinik yang anda rujuk dan jika ingin mengetahui infromasi tepat berkenaan denga ubat tersebut, silalah berjumpa dengan doktor pakar kulit yang berdaftar.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.