
Sulit
4 tahun
Masalah pintu rahim cepat ada bukaan
Hi doctor, sy brumur 30thn , baru keguguran 15mggu pada 30/01/2020, disbabkan sy dah ade bukaan… anak sulung sy lahir pada 2016. sy lahirkan 35 minggu sbb dah ada bukaan… mcmane nak atasi khamilan yg dah cepat ada bukaan doc ? namun sy dapat rasa tanda kehamilan skrg. adakah berisiko doc? sy sangat risau, tapi ada juga teruja.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang kebimbangan puan terhadap keguguran kehamilan yang cepat ada bukaan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Keguguran biasanya disebabkan:
- Faktor genetik
- Faktor Faktor Risiko seperti Hyperhyroid, Diabetes
- Jangkitan
- Merokok
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala keguguran jika anda sedang hamil seperti sakit pada bahagian perut dan keluar tompok darah. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang bukaan ketika hamil sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.