missfarinaroslan
6 tahun
Masalah pipi dan gusi bengkak
Saya wanita berumur 22 tahun. Semalam saya telah menjalani pembuangan gigi geraham (mesial impacted) dengan bius local anesthesia. Masalah yang saya alami ialah, pipi dan gusi saya masih bengkak walaupun ini merupakan hari kedua saya. Adakah ini normal? Apakah yang perlu saya lakukan untuk surutkan bengkak pada pipi dan gusi saya?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, bengkak adalah reaksi normal selepas pembedahan kerana reaksi tisu yang luka dan dalam proses untuk pulih. Anda boleh menuam pipi anda dengan ais untuk mengurangkan bengkak tersebut. Jika ianya berlarutan, sila rujuk kepada doktor gigi anda dengan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























