Sulit
2 tahun
Masalah polip hidung/resdung
Saya wanita berumur 30an. Saya perasan selepas saya kerap tidur mengadap terus dengan kipas, hidung saya mulai rasa tersumbat. Pada mulanya saya ingatkan selsema tapi lendir tu turun ke belakang hidung, bila hembus hidung tiada lendir yang keluar. Saya dapati dalam lubang hidung ada ketulan yang mungkin menghalang pernafasan sebab itu saya kerap rasa hidung tersumbat. Macam mana ya langkah yang boleh saya buat untuk kecilkan saiz ketulan dalam hidung?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan tentang gejala hidung yang tersumbat dan ketulan yang berada dalam hidung anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Alahan
- Iritasi daripada persekitaran
- Radang sinus
Namun terdapat juga perkara yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut seperti:
- Ketumbuhan seperti polip ataupun tumor
- Tulang hidung bengkok
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih