
Sulit
3 tahun
Masalah psoriasis satu badan
Salam dokter…sy seorang penjawat awam berusia 42 tahun…mengalami sakit psoriasis dari tahun 2012 hampir 10 tahun… saya nak tanya boleh ka saya ambil vaksin. Kerana seluruh badan saya ni penuh dgn psoriasis… Sy juga perna ambil imferon masa mengandung kerana hb saya rendah…tetapi sejak ambil imferon sy jadi elergi pada semua ubat n minuman kesihatan yang lain…jadi soalannya adakah saya perlu ambil vaksin

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang pengambilan vaksin.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami kekeliruan untuk mengambil vaksin kerana keadaan anda yang mempunyai alergi kepada ubat-ubatan. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang spesifik kerana memerlukan kepastian tentang jenis vaksin yang anda maksudkan. Namun, jika anda ingin mengetahui tentang vaksin covid-19, anda akan dipantau selama 30 hingga 40 minit selepas disuntik untuk melihat sama ada anda mengalami sebarang kesan sampingan ataupun tidak. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala selepas menerima vaksin tersebut, anda tidak perlu risau kerana gejala tersebut biasanya adalah tidak serius dan akan sembuh dalam jangka masa singkat. Berikut merupakan beberapa kesan sampingan vaksin COVID-19 secara umum:
Lokal (Pada Bahagian Suntikan):
- Sakit
- Kemerahan
- Bengkak
- Gatal
- Jangkitan
Sistemik (Sistem Badan):
- Demam
- Lemah dan lesu
- Cirit-birit
- Sakit kepala
- Pening kepala
Salah satu kesan sampingan yang jarang dialami oleh seseorang yang menerima vaksin adalah reaksi alahan ataupun anafilaksis iaitu alahan yang lebih teruk dan boleh mengancam nyawa sekiranya tidak ditangani dengan segera. Antara gejala reaksi alahan adalah seperti berikut:
- Reaksi kulit seperti timbul ruam dan gatal-gatal
- Kesukaran bernafas akibat pengecilan saluran pernafasan
- Nadi yang lemah dan laju
- Sakit dan pening kepala
- Loya, muntah dan cirit-birit
- Pitam
Anda dikehendaki untuk pergi ke hospital atau klinik berdekatan sekiranya anda:
- Masih mengalami ketidakselesaan walaupun ubat-ubatan telah diambil
- Kawasan suntikan menjadi semakin sakit dan terdapat reaksi inflamasi seperti bengkak dan bernanah
- Mengalami masalah pernafasan seperti sukar bernafas dan sakit dada
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor tentang keadaan kesihatan anda sebelum mendapatkan apa-apa vaksin.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini