
Sulit
5 tahun
Masalah ptosis pada mata kanan
Mata kanan saya nampak lebih kecil dan jatuh berbanding mata kiri. Saya nak tahu kos untuk ptosis surgery.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Justeru, kami tidak dapat memberikan kuotasi harga operasi berkenaan. Namun, anda perlu merujuk ke doktor berkenaan ptosis memandangkan ia boleh jadi timbul akibat penyakit dalaman seperti:
- masalah saraf mata
- sumbatan saluran darah mata
- akibat stroke dsb
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.