
Sulit
4 tahun
Masalah punggung dan celah peha gelap
Hi doc. Saya seorang lelaki yang ada permasalahan punggung gelap dan juga celah peha yang gelap. Saya bakal berkahwin 2 bulan lagi. Jadi saya risau jika pasangan saya lihat punggung saya yang gelap dan akan menurunkan nafsu pasangan saya. Maaf. Tapi inilah permasalahan saya. Punggung saya ada bekas kudis lama. Mungkin masa kecil saya kerap bermain pasir dan keluar kudis dekat bahagian punggung. Ada solusinya tak doctor buat saya? Saya jadi tidak yakin diri bila lihat punggung saya yang begitu gelap.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kulit yang gelap di punggung dan celah paha. Untuk pengetahuan anda, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, seperti:
- kulit peha melecet
- bekas luka lama
- hormon yang tidak seimbang
- ubat-ubatan tertentu
- geseran dari kain yang ketat
- kulit kering
- kencing manis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Untuk mengetahui cara mengatasi maslaah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!