
Anonymous
5 tahun
Masalah rahim terbalik
Salam sejahtera doctor. Saya wanita 25 tahun dan baru berkahwin hujung tahun lepas. Saya sudah 2 bulan missed period. Saya juga telah buat UPT 2 minggu lepas di rumah dan keputusannya negative. Saya juga telah pergi buat scan di klinik & doctor mendapati saya mempunyai retroverted uterus jadi agak sukar bagi doctor detect kantung. Jadi, adakah peluang saya pregnant besar @ tipis?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anda. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk mengetahui tentang peluang untuk mengandung, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih