Anonymous
4 tahun
Masalah rakan perempuan saya
Dr , boleh mengandung tak seseorang perempuan yang sedang fasa subur jika lelaki hanya mengesek kemaluan nya yang dalam keadaan berlapik dengan seluar sehingga lelaki tersebut keluar air mani ? Dan perempuan tersebut juga terkeluar cecair something tapi tak pasti cecair apa . maksud sekarang lelaki dan perempuan tersebut tidak la melakukan hubungan seks yang betul . Cuma yang menghalangkan dari sperm bertemu ovum adalah lapikan seluar
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan berlaku apabila sel sperma daripada lelaki dan telur yang dikeluarkan daripada ovari perempuan semasa ovulasi (fertilization) bersenyawa. Untuk hamil, memerlukan air mani dari pihak lelaki untuk masuk di bahagian faraj wanita diwaktu kesuburan wanita. Kebarangkalian untuk wanita tersebut hamil adalah sangat rendah, hal ini kerana ada lapisan seluar yang menghalang. Namun, sekiranya air mani lelaki tersebut masuk ke dalam faraj wanita tersebut, maka pemeriksaaan perlu dilakukan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.