
Sulit
4 tahun
Masalah Ruam di badan
Hi Doctor. Saya wanita berusia 30 tahun dan mengalami masalah kulit ruam di lengan dan badan. Masalah ini telah berlaku lebih kurang tempoh 3 minggu dimana tidak berlaku sebarang kegatalan. Saya mula menyedari masalah tersebut selepas mandi yang mana kelihatan bintik-bintik merah di bahagian leher. Selepas cuba meneliti,saya mula perasan bintik ruam tersebut telah merebak di depan dan belakang badan serta di lengan. Saya dapati tiada ruam di bahagian kaki mahu pun muka. Untuk pengetahuan doctor, saya tidak mempunyai sejarah allergic sejak dari kecil baik dari segi pemakanan, ubat, mahu pun habuk. Yang menjadi tanda tanya, ruam tersebut tidak gatal dan disebabkan itu saya tidak menyedarinya. Pada awalnya saya menyangka ruam tersebut akan hilang dalam tempoh masa yang singkat namun begitu, ianya berlarutan sehingga kini terutamanya selepas mandi. Saya tidak pergi ke klinik memandangkan ruam tersebut tidak mengganggu urusan saya. Jadi adakah patut saya merujuk doktor untuk diambil sample darah untuk lebih kepastian?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.