
Sulit
3 tahun
Masalah Sakit bahagian kanan di bawah paru-paru
Saya Remaja , status bujang berumur 24 tahun … apa yg sy alami slma bbrpa hri ini , sy sdr apabila sy berlari atau berjoging dlm jrk 1km ke atas atau krng , akan rda sakit di bahagian kanan di bwah paru-paru … seringkali terjdi sedemikian sblm ini smpailah sekrng. Harap Doktor bagi pencerahan sebab kenapa dan bagaimana nak bendung? trma kash.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit di bahagian kanan bawah paru-paru. Saya faham akan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Sekiranya yang anda maksudkan adalah cramp perut ataupun side stitch, ia berkemungkinan besar adalah terkait dengan keseimbangan air dan elektrolit tubuh sebelum berlari.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.