
Sulit
3 tahun
Masalah Sakit Belakang Yang Berterusan
Slmt Ptg,sy berumur 21thn…saya mengalami masalah sakit belakang yg agak menjejas my daily routine… kerap tidak selesa pada bahagian blkg semasa duduk dan baring… sntiasa rsa nak stretch badan kuat2 supaya rasa selesa… sukar mahu tidur pada wktu mlm… sntiasa rsa lenguh dan harus letak bantal pda bhgian blkg smasa tidur…apa perlu sy buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit belakang yang dihadapi sehingga menganggu rutin harian. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- slipped disc
Memandangkan masalah ini menganggu rutin harian anda, disarankan merujuk perkara ini kepada doktor dengan kadar yang segera
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah sakit belakang? Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.