nurulhuwaida.nh
6 tahun
Masalah sakit berpindah randah
Hai doktor. Saya wanita, masih belajar, dan berumur 22 tahun. Saya mengalami sakit yang agak pelik untuk saya. Sakit saya bermula dalam setahun yang lalu, yang mana pada mulanya tangan kanan saya tidak boleh disentuh dan bengkak. Bukan itu sahaja, tangan saya juga tidak boleh digerakkan. Kemudian, sakit tu berpindah ke tangan kira selepas 2 bulan. Kemudian 3 bulan kemudian, pindah pula ke kaki kiri. Dan selepas sebulan, pindah ke kaki kanan. Dan kemudia ulang semula kitarannya ke tangan saya semula. Saya telah melakukan xray, tetapi tiada apa yang menunjukkan sakit di tangan saya, mahupun kaki. Saya telah lakukan ujian kolesterol, dah tahap kolesterol saya 6. Selain itu, saya juga mengalami sakit di bahagian mata jika sakit dibahagian kaki atau tangan tiada. Tahap sakit yang boleh saya berikan adalah 9/10. Saya tidak mengalami apa apa kegatalan, tetapi, saya ada demam setiap kali sakit itu datang. Dan saya juga mengalami sakit kepala yang melampau. Saya cuba ke klinik kerajaan dan swasta, yang saya dapat cuma ubat sapu, dan mereka kata saya mungkin melakukan aktiviti berat tanpa sedar, atau tersilap tidur. Diharap soalan ini dapat dijawab. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




































