Omar

5 tahun

Masalah sakit kelamin

Pada bulan oktober 2016 buat sex dengan girlfriend. Bulan mac 2017 buat STD profile. Semua keputusan negatif tetapi kena klamidia. Dr klinik bgi ubat zitromycin 2 biji utk habiskan 3 hari. Pada bulan mei 2017 buat STD profile semula dan keputusan semua negatif. Tetapi sampi bulan september 2017 saya masih rasa badan tidak selesa dan sakit2 boleh dikatakan setiap hari. Sakit menyucuk pada bahagian kiri pangkal peha, bahagian ari2 dan bahagian badan belakang sebelah kiri. Kadang2 dlm sebulan 3 kali rasa sakit bahagian bawah dada terasa menyucuk2. Tangan ada gatal2 pada permukaan belakang tapak tangan. Adakah penyakit lain berkaitan kelamin yang ada pada badan sy tidak dapat dikenalpasti melalui ujian darah? Adakah perlu ujian lain untuk mengenalpasti penyakit kelamin? Apakah ada ubatan lain untuk penyakit yg saya hadapi? Tolong Dr bantu sy. Terima kasih

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Berdasarkan soalan anda, anda mungkin telah terjangkit semula jangkitan kelamin yang terdahulu mungkin kerana pasangan anda juga mempunyai jangkitan yang sama dan belum menerima rawatan. Sakit belakang yang mencucuk disertai dengan gatal-gatal pada tapak tangan nampak lebih kepada jangkitan herpes simplex yang merupakan antara Sexually Transmitted Diseases (STDs) yang kerap berlaku. STD merebak melalui hubungan seks, sama ada melalu dubur, oral atau vagina tanpa perlindungan. Herpes boleh mengembara melalui urat saraf. Virus herpes boleh menetap di bawah kulit dan boleh muncul dalam bentuk ruam dari semasa ke semasa.

Jangkitan STD boleh dirawat dan perlu ditangani dengan kadar segera sebelum ia merebak dan menyebabkan komplikasi lain seperti Pelvic Inflammatory Disease (PID) ataupun radang pelvis. Masalah ini boleh menyebabkan inflamasi dan seterusnya menghasilkan parut di dalam organ reproduktif dan ini menjejaskan kesuburan. Untuk mengenal pasti jangkitan yang menyebabkan simptom, ujian makmal menggunakan swab dari kawasan yang terjejas perlu diambil untuk mengesahkan diagnosis.

Anda boleh mendapatkan kit ujian STD dari kebanyakan farmasi atau mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor yang bertauliah.

Selamat petang, terima kasih untuk soalan anda.

Herpes adalah penyakit kelamin atau dikenali sebagai Sexually Transmitted Diseases (STD).Ia disebabkan oleh Herpes simplex virus, juga dikenali sebagai HSV dan terdapat 2 jenis virus HSV-1 dan HSV-2. HSV-1 menyebabkan ulser pada bahagian dan HSV-2 akan menyebabkan ulser pada bahagian kelamin. Anda boleh membuat “herpes culture” atau ujian darah antibodi untuk jangkitan herpes untuk mengesahkan diagnosis ini. Jangkitan ini tidak boleh disembuh dengan sepenuhnaya kerana tiada penawar untuk penyakit ini. Tetapi ubat anti viral seperti acyclovir, famciclovir dan valacyclovir diberi untuk menyingkirkan luka dan mengehadkan wabak.

Simptom anda juga boleh disebabkan oleh jankitan sifilis. Jangkitan ini disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Simptom jangkitan ini dialami secara berperingkat. Peringkat pertama, anda akan mengalami ulser pada bahagian kelamin dan ia akan sembuh dalam masa yang singkat. Biasanya ulser tersebut tidak menyebabkan kesakitan. Peringkat kedua, anda akan mengalami ruam di seluruh badan termasuk tapak kaki dan tangan. Pada peringkat ketiga, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakkan organ- organ penting seperti otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Dr Ilias,

5 tahun

Terima kasih atas persoalan anda kepada pihak kami. Herpes genital adalah sejenis STD yang disebabkan oleh dua jenis virus. Virus ini disebut herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan herpes simplex virus type 2 (HSV-2). Herpes genital adalah perkara biasa di sesetengah negara maju. Lebih daripada satu daripada setiap enam orang yang berumur 14 hingga 49 tahun mempunyai herpes pada bahagian kelamin.

Anda boleh mendapatkan herpes dengan melakukan hubungan seks vagina, dubur, atau oral dengan seseorang yang diketahui untuk mempunyai penyakit ini. Jika anda mempunyai hubungan dengan seseorang yang diketahui mempunyai jangkitan herpes simpex, anda boleh menurunkan risiko mendapatkan jangkitan tersebut hanya jika:

  • Pasangan anda mengambil ubat anti-herpes setiap hari. Ini adalah sesuatu yang pasangan anda harus berbincang dengan doktornya.
  • Anda mengelakkan seks vagina, dubur, atau oral apabila pasangan anda mengalami gejala herpes
  • Jika anda tidak mempunyai herpes, anda boleh dijangkiti jika anda bersentuhan dengan virus herpes pada mulut pesakit yang juga dijangkiti dengan herpes jenis oral

Anda tidak akan mendapatkan herpes dari tempat duduk tandas, katil, dari kolam renang, atau dari menyentuh objek di sekitar anda seperti pakaian, sabun, atau tuala. Anda disarankan untuk membincangkan kebimbangan anda dengan doktor yang berdekatan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)