
Anonymous
6 tahun
Masalah sakit lutut kiri dan sakit pinggang
Hi doctors, sy wanita berumur 23 tahun . Sy mengalami sakit lutut secara tiba-tiba . Semalam semasa hendak bangun dari tempat tidur lutut sy tiba-tiba cramps dan sakit untuk digerakkan . Sehingga sekarang kaki sy masih lagi sakit untuk digerakkan . Untuk masalah pinggang pula . Dulu sy pernah mengalami excident motorsikal . Dan kemungkinan disebabkan hentakan pinggang sy kerap sakit sekarang . Sakit pinggang ini sy sudah alami lebih kurang 3-4bulan . Dan setiap kali sy angkat benda berat ia akan sakit selama dua tiga hari kadang-kadang sampai sy sukar untuk berjalan dan bangun . Bolehkah doctors bantu saya ?? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah sakit lutut adalah salah satu perkara yang sering dialami oleh masyarakat kita.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit lutut.Antaranya ialah:
- Cedera, misalnya cedera pada tulang rawan dan kerusakan tendon atau ligamen.
- Penyakit tertentu, seperti osteoartritis, penyakit asam urat, atau tendonitis.
- Perdarahan pada sendi.
- Infeksi, misalnya artritis septik.
Disebabkan anda mempunyai pelbgai faktor risiko yang boleh menyebabkan sakit lutut iaitu dari segi , usia dan sejarah penyakit kronik, adalah amat disaranakan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.