
Anonymous
6 tahun
Masalah sakit tengkuk
Saya berumur 22 tahun sedang mengalami masalah sakit tengkuk dan menghidapnya sudah hampir 3 tahun. Sakit tengkuk kini sudah merebak dari tengkuk ke belakang kepala, bahu dan tulang belakang. Sakit tengkuk ini akan terasa lebih sakit apabila selepas bangun daripada tidur. Adakah masalah yang saya hadapi masalah yang serius kerana telah menghidapnya dalam jangka masa yang lama? Mohon pencerahan. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk mengetahui punca masalah sakit tengkuk, belakang dan bahu anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan.
Terdapat pelbagai punca masalah sakit tengkuk. Antaranya:
- Masalah postur badan yang tidak betul
- Masalah kedudukan struktur tulang
- Masalah saraf dan otot
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.