
hafizbro
2 tahun
Masalah Sakit tulang belakang dan sakit tengkok yang berpanjangan
Saya lelaki berumur 42 tahun. masalah tulang belakang saya bermula pada tahun 2014 berpunca dari kemalangan.dan pada tahun lepas saya mengalami sakit tengkuk yang sangat teruk sampai nak bangun dari tidur pun terasa sakit yang amat sangat di bahagian tengkuk dan belakang bahu.apakah masalah saya ini berpunca di sakit tulang belakang dan sekarang dah merebak hingga ke bahagian tengkuk sehingga nak menggerakkan kepala ke kiri atau kanan memang terasa sakit yang amat sangat di bahagian tengkuk sehingga ke bahagian belakang sampai pinggang.walau pun doktor
ada memberi ubat pernahan sakit dan ubat saraf tapi tidak juga berkesan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit belakang tersebut boleh disebabkan oleh:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Sekiranya anda merasakan kesakitan anda semakin teruk atau mendapat simptom lain yang membimbangkan sila rujuk kembali kepada doktor berkenaan untuk pemeriksaan tulang anda.
Untuk keterangan lanjut,anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.