
Sulit
5 tahun
Masalah sakit tulang belakang
selamat sejahtera doktor. saya berumur 16 tahun. sejak 2 tahun yang lepas saya mengalami sakit tulang belakang di bahagian atas punggung. ia bermula ketika saya membongkokkan badan untuk memakai kasut dan ketika saya bangun balik saya rasa sakit yang amat. ketika saya ingin duduk ia terasa sangat sakit dan ketika ingin bangun ia terasa sakit juga. saya ada pergi ke klinik dan diberi ubat dan ubat itu berfungsi dan kesakitan itu hilang. walaubagaimanapun, sakit itu akan datang balik ketika saya terdesak untuk mengangkat benda berat dan melakukan aktiviti senaman yang membongkokkan badan dan saya perlu makan ubat untuk menghilangkan sakit itu. molehkah doktor terangkan apakah masalah yang saya hadapi dan bagaimana untuk menghilangkan sakit itu supaya tidak datang lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit pada tulang belakang. Bagi orang yang lebih berusia, masalah kesakitan yang meraka alami biasanya disebabkan oleh masalah pereputan tulang dan radang sendi atau otot sokongan yang lemah.
Bagi mereka yang masih muda, masalah sakit tulang belakang biasanya disebabkan oleh:
- Faktor postur tubuh yang tidak betul menyebabkan perubahan struktur tulang
- Masalah slipped disc
- Skoliosis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.