
syedrayyan565
5 tahun
Masalah saya ialah pregnant
Saya wanita berusia 21 tahun. Dan saya berkahwin sudah masuk 1 tahun. Tapi, saya masih tidak ada zuriat. Saya nak tanya, cara untuk mengatasi masalah. Berat badan saya hampir 70kg. Dan saya punya haid tidak teratur. Kadang kadang sampai 2 bulan tak datang haid. Dan rahim saya jatuh. Doktor ada apa apa suggestions untuk saya? Atau saya perlu makan makanan yang meningkatkan kesuburan saya?

6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kurang kesuburan dalam kalangan wanita :
- UMUR
- Adalah dikatakan kesuburan wanita akan menurun apabila usianya meningkat dan risikonya lebih tinggi selepas 35 tahun
Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.Masalah - masalah kesihatan
Seperti , fibroid , hyperthyroid dan sebagainya
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.