
Anonymous
5 tahun
Masalah selepas cucuk perancang
Saya berumur 31 tahun…anak ketiga berumur 1tahun 3bulan…ketiga2 anak bersalin secara czer…anak pertama 4 tahun…kedua 3 tahun…disebabkan terlalu rapat saya ambil perancang secara injection…
Masalah saya…selepas mengambil perancang period setahun x datang…kerap sakit kepala.dan paling mengganggu kehidupan saya sekarang saya mengalami masalah kegatalan seris di badan saya…serta tiada nafsu bersama suami…
Boleh doktor sarankan perancang yang sesuai dengan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman puan, kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Untuk mengetahui alat perancang yang sesuai dengan puan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.