
Sulit
5 tahun
Masalah selsema berpanjangan dan ada luka pada lubang hidung
Anak saya berumur 6 tahun. Dia telah mengalami selsema yang berpanjangan selama 1 bulan dan terdapat luka di atas bibir dan pada lubang hidung. Dia telah mengambil banyak selsema dan pernah mengambil ubat antibiotik(penisilin) tapi masih tidak sembuh…ApaKahmasalah yang dialami oleh anak saya. Harap doktor dapat memberikan pandangan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, batuk berpanjangan beserta kahak dan hingus boleh disebabkan:
- Jangkitan selesema (virus berlainan setiap kali jangkitan)
- Resdung (alahan pada habuk, bulu binatang dan lain-lain)
- Jangkitan saluran udara kronik/berpanjangan
- Penyakit saluran udara sempit (COPD)
- Bronkiektasis (saluran udara kembang dan berkahak)
- Fibrosis sistik
- Jangkitan paru-paru seperti tibi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.