
Sulit
3 tahun
Masalah selulit dan hotam di bahagian punggung
Saya baru berumur 18 tahun dan saya mengalami masalah selulit dan kehitaman di punggung.
Apa sebab dan apa yang perlu saya lakukan?
Saya sudah cuba menggunakan losyen khas untuk selulit tapi masih tidak berjaya.
Saya berfikir hanya orang mengandung sahaja akan mengalami masalah begini.
So, saya itulah soalan dari saya.
Terima kasih doktor.
Tapibsaya punya berat tudaklah naik mendadak san berat saya hanyalah 46 kg sahaja.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Umumnya selulit boleh berlaku pada wanita berdasarkan beberapa faktor, antaranya termasuk
- faktor umur
- kadar estrogen dalam tubuh
- mfaktor genetik
- keradangan tisu
- peningkatan tisu lemak yang disebabkan oleh kenaikan berat badan
- kehilangan kolagen
- peredaran darah yang lemah (terutama di kaki)
- gangguan saluran limfa
- penipisan epidermis (lapisan luar kulit)
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Namun buat sementara waktu, anda boleh cuba
- perbanyakkan minum air
- mendapatkan berat badan yang ideal
- mengambil suplemen kolagen yang direkomendasikan oleh doktor anda
- mendapatkan terapi mengurut dari pengamal perubatan atau pengamal profresional yang lain.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.