
Anonymous
5 tahun
Masalah semasa period
Saya wanita berumur 32 tahun. Saya baru melahirkan anak baru saya yang sekarang berusia 7 bulan . Saya mengambil pil perancang keluarga selepas melahirkan anak saya tu . Baru baru ni saya period . Dah dua hari saya period lah . Hari kedua saya period ni saya tengok ada ketulan yang agak pelik lah . Dia tak berwarna gelap tetapi berwarna merah cerah seperti daging dan agak jelly yg besa dan ada macam lemak berwarna putih . Ketulan tersebut besarnya ibarat separuh penumbuk tangan lah. Itu apa ya doctor ? Sebab ketulan period biasa tak macam tu .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kemungkinan besar berlakunya gejala yang anda alami disebabkan kadang kala darah haid tidak boleh keluar dari rahim kerana serviks atau faraj anda tertutup. Oleh itu, ia menjadi bekuan darah dalam rahim dan hanya jatuh keluar apabila serviks dan faraj anda terbuka.
Namun demikian, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian.Sekiranya masalah yang anda alami berterusan atau mengalami simptom seperti sesak nafas,sakit perut, pening,pendarahan atau darah berketulan dalam jumlah yang banyak anda diminta berjumpa dengan seorang doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih