azamliza7475
4 tahun
Masalah Sembelit utk ibu mengandung
adakah wanita mengandung boleh mengambil produk Lactul utk masalah sembelit? adakah sebarang kesan sampingan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat Lactul (Lactulose) adalah merupakan ubat yang berfungsi dalam:
- memberi perlindungan kepada hati daripada agen hepatotoxic
- melonggarkan najis dan meningkatkan pergerakan usus
Pemberian ubat Lactul oada sewaktu kehamilan adalah tergolong dalam kategori B yang mana ini bermaksud bahwa kajian terhadap reproduksi haiwan tidak menunjukkan risiko janin tetapi tidak ada kajian yang terkawal pada wanita hamil.
Untuk info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.