
Anonymous
5 tahun
Masalah sering sakit kepala
Saya sering sakit kepala pening
Dan bila bangun selalu melayang. Sampai tak terkawal. Makin hari makin kerap perkara ini berlaku.
Bahagian mata blah kiri, hidung, kepala selalu sngat rasa sejuk. Susah nak tidur. Kaki tangan kerap kebas. Rasa mual segalanya. Bhgian tengkok blkg kpla saya sakit sangat2. Bila bangun melayang. Kepala pusing… Mata jadi sakit bila lihat cahaya. Saya tak dapat fokus semuanya bila waktu kerja…
Boleh saya tahu, ini petanda apa ya??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Terdapat dua jenis sakit kepala:
- primer (majoriti) iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala ketegangan
- sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal dan luar tengkorak (glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Jika anda mengalami tanda-tanda ini, anda disarankan untuk berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan selanjutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih