Sulit
4 tahun
Masalah silau di bawah matahari
Saya wanita berumur 20 tahun. Mata saya tidak tahan ketika berada di bawah matahari(sering tertutup) berbanding rakan-rakan yang lain. Saya tidak ada simptom untuk rabun silau. Jadi saya agak risau disebabkan esok saya bakal menjalani latihan memandu kereta.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah silau mata anda ini boleh disebabkan:
- Rabun jauh
- Astigmatism
- Jangkitan mata
Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan mata pada kedai cermin mata dahulu dan sekiranya masalah ini boleh diselesaikan dengan pemakaian kaca mata khas, maka ia tidak akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan optometri dan mendapatkan pemeriksaan mata segera.
Bagi mengetahui punca gejala yang anda alami , anda amat disarankan unutk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





























