
Sulit
5 tahun
Masalah sukar untuk membuang
Hi! Saya aza. Sy berumur 26tahun. Saya mempunyai masalah untuk membuang secara normal, seperti awal pagi. Kalau saya nak berak saya perlu minum teh detox yg d beli d watson/guardian or pil berak di pharmacy untuk saya berak diawal pagi sehinggakan dkt bontot sy ada seperti terkeluar ketulan isi. Apakah tindakan sepatutnya saya lakukan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekurangan fibre dalam diet. Contoh makanan yang mengandungi fibre ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kekurangan minum air dalam kehidupan seharian yang menyebabkan najis yang dihasilkan menjadi keras dan kering, seterusnya sukar untuk dibuangkan.
- Seseorang yang tidak aktif seperti tidak bersukan dalam kehidupan seharian juga akan menyumbang kepada gejala ini.
- Kesan sampingan sesetengah ubat yang anda ambil termasuk pil berak. Usus anda akan selalu bergantung kepada pil berak ini dan tidak lagi berfungsi maka gejala ini akan berlarutan sekiranya anda tidak berhentikan ubat punca itu.
- Masalah usus seperti angin pasang, ketumbuhan kanser usus, diverticulitis.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.