
Sulit
3 tahun
Masalah tekanan darah dan jantung berdebah
Saya Diana… ber rumah tanggah umur 45thun normal ka tekanan darah 125/83 dan heart rate 139? dan boleh ka dpat ambil vaksin nnty? dan boleh bagi advice makanan apa yg bgus saya ambil dan minuman apa yg mcm cafe,milo atau susu apa doc? terima kasih…

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua pihak. Tambahan lagi, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia. Anda boleh mengambil vaksin Covid 19 di mana-mana PPV yang behampiran dengan rumah anda.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat tentang diet pemakanan yang berpatutan untuk gejala tekanan darah rendah anda. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta tindakan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini