
Anonymous
6 tahun
Masalah Telinga Berdengung
Saya mengalami masalah telinga sentiasa berdengung setiap masa. Bunyi berdengung sentiasa kedengaran meskipun kedua dua belah telinga ditutup. Bunyi tersebut akan lebih kuat kedengaran ditempat dan suasana sunyi. Adakah ini simptom penyakit tinnitus? Jika ya, sila nyatakan adakah penyakit ini boleh diubati dan bagaimana?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Masalah telinga berdengung dipanggil tinnitus. Ia merupakan satu simptom dan bukanlah penyakit. Simptom tinnitus ini menunjukkan anda mungkin menghadapi masalah seperti:
- Hilang pendengaran
- Terdedah dengan bunyi bising yang terlalu kuat
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
- Masalah lain seperti ketumbuhan atau jangkitan di dalam telinga
Untuk mengetahui punca telinga berdengung yang anda hadapi, maklumat lebih lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi tindakan selanjutnya. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.