
Sulit
4 tahun
Masalah Telinga Kanan Berdesing dan tidak dengar
Saya ingin bertanya tentang masalah telinga, telinga kanan saya mcm stuffed, tidak dengar, berdesing, kadang2 akan rasa panas didalam telinga (sudah 11 hari). selain itu kepala kerap sakit dan badan lesu seperti nk demam , pada hari kelima telah membuat pemeriksaan di klinik kesihatan, dr bagi ubat titis antibiotik (chloroamphenicol) dan pcm… dh 5hari menggunkan ubat tersebut, seperti tidak berkesan…mohon maklumbalas sehingga bila perlu guna ubat ini & bila perlu dapatkan pemeriksaan susulan.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Usia
- Bunyi yang kuat
- Tahi telinga yang penuh
- perubahan tulang telinga (Otosclerosis)
- Salur telinga eustachian tidak berfungsi dengan baik
- Ketumbuhan di telinga
- Penyakit Meniere
Setiap penyakit yang disenaraikan mempunya gejala yang berkaitan seperti pendengaran yang rosak, pening kepala, muntah-muntah dan sejarah jangkitan virus yang teruk. Kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.