
Anonymous
6 tahun
Masalah tenaga batin
Salam doktor, sya remaja 20an… Sdah brkahwin… Sya nk tnya doktor… Sya mmpunyai msalah kesihatan iaitu tenga batin… Masalah yg sya hdapi ini adlah msalah kegagalan dlam mnusuk zakar ke dalam faraj… Sya juga mnglami msalah kkurngan dlam ketegangan… Ketegangan brlaku hnya seketika… Dan sya juga mngalami mslah pancutan awal… Adkah mslah sya ini antra mslah mati pucuk ataupn sbaliknya?? Skiranya ya… Apakah rawatan dan pencegahan yg sya perlu lakukan dr.? Sekian, Terima kasih dr…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, anda mungkin mengalami masalah mati pucuk, masalah pancut awal juga boleh disebabkan oleh keadaan ini. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!