
Sulit
4 tahun
Masalah tentang jerawat yang tumbuh di muka satu per satu dan ingin mengetahui cara untuk menghilangkan jerawat
jerawat saya tumbuh satu per satu dan agak besar serta sedikit bernanah , saya ingin tahu apa yang perlu saya buat untuk hilangkan jerawat dengan cepat dan berkesan tanpa menggunakan bahan kimia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang anda hadapi. Untuk makluman anda, jerawat merupakan masalah yang amat rumit untuk diselesaikan. Hal ini kerana jerawat yang berlaku pada seseorang boleh disebabkan pelbagai faktor. Merawat penyebab jerawat dapat membantu memberhentikan patofisiologi jerawat sendiri.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun, terdapat beberapa langkah untuk membasmi jerawat, antaranya ialah:
- Cuci muka anda dua kali sehari dengan air suam menggunakan pembersih muka yang lembut . Lembut bermaksud pembersih ini dapat membersihkan kulit anda tanpa mengeringkan kulit anda.
- Jangan gunakan kain lap atau gosok muka anda dengan keras . Jerawat anda akan lebih teruk jika anda berbuat demikian.
- Jikalau anda menggunakan alat solek , pastikan anda membersih muka anda dengan baik sehingga tiada kesan solekan pada muka anda. Bersihkan peralatan yang anda gunakan untuk solekan seperti berus muka dan mata.
- Basuh rambut anda dengan kerap . Rambut yang terlalu berminyak dapat memburukkan keadaan muka anda.
- Pastikan penyembur rambut anda dan gel rambut tidak kena pada wajah anda. Hal ini dapat menyekat pori-pori anda.
- Apabila membeli serum atau pelembap kulit muka , pastikan anda menggunakan produk yang bebas minyak dan ‘non-comedogenic’. Produk seperti tidak akan menyumbat liang-liang anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih