ladyzzpeace
4 tahun
Masalah thyroid storm, hiperthyroid
Hai doc… sy ada mslh thyroid storm n consume ubat camazol dan propanolol… baru2 nie sy de check semula pakar… thyroid dlm darah still tinggi… skrg sy dpt leher sy semakin membengkak dan sukar utk telan… saranan doc mengenai peyakit sy… samada sy perlu melakukan pmbedahan atau terus makan ubat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, oleh kerana anda mengalami masalah menelan, pembedahan mungkin rawatan yang anda boleh pertimbangkan. Penilaian dan keputusan ini seharusnya dibuat oleh anda dan doktor yang merawat anda. Perkara lain yang harus dipertimbangkan ialah kesesuaian anda untuk pembedahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana thyroid storm merupakan kes kecemasan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.