Sulit
2 tahun
Masalah tidur berpanjangan
Saya wanita berusia 27 tahun. Saya ada masalah sukar untuk tidur pada waktu malam sejak tahun 2019. Tetapi tahun ini masalah tidur semakin teruk kerana apabila saya tidur saya kerap terjaga selepas 1 atau 2 jam. Hal ini membuatkan saya takut untuk tidur malam walaupun saya sudah makan supplement tidur yang dibeli dari farmasi. adakah saya mengalami insomnia? perlukah saya mendapatkan rawatan doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi pihak kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah sukar untuk tidur pada waktu malam sejak tahun 2019 dan keadaan ini bertambah teruk pada tahun ini sehingga menyebabkan anda takut untuk tidur malam. Kami fahami kebimbangan anda dan akan cuba untuk membantu anda menyelesaikan masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Jadual kerja yang menggangu masa tidur
- Amalan tidur yang kurang memuaskan seperti penggunaan komputer atau telefon bimbit sebelum tidur.
- Makan dalam kuantiti yang besar sebelum tidur
- Kurang rehat dan tidur
- Tekanan atau stres sehingga menggangu fikiran
- Penggunaan sesetengah ubat seperti ubat asma, ubat darah tinggi, ubat tahan sakit dan ubat selsema.
- Kafein, nikotin (bahan racun dalam rokok)
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor , termasuk:
- Penyakit-penyakit psikiatri seperti kemurungan dan keresahan. Bagi sesetengah kes insomnia, sukar tidur tanda sakit mental.
- Masalah kesihatan yang lain seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, asma, pedih ulu hati, penyakit tiroid dan penyakit Alzheimer.
Oleh itu, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih