
Anonymous
5 tahun
Masalah tingkah laku anak
Hi dr.sy mempunyai anak lelaki 6tahun,msalah sy sekarang anak sy suka melawan,gelak sorang,suka menjerit,tidak mengikut arahan.dari segi pembelajaran ok.cuma dia tidak mempedulikan orang sekeliling,apa masalah anak sy dr…apa yg harus sy lakukan pada anak lelaki sy

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan tingkah laku kanak-kanak, maklumat lanjut adalah diperlukan untuk mengetahui persekitaran anak anda, seperti adik beradik, ibu bapa, rakan sekolah dan juga perkara-perkara lain sebelum kesimpulan tentang sebarang masalah yang mungkin dihadapinya boleh dibuat.
Anda dinasihatkan untuk merujuk anak anda ke klinik perkembangan kanak-kanak bagi memberikan penerangan dan mendapatkan nasihat lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.