Sulit
4 tahun
Masalah tiroid dan kehamilan
saya wanita 20a dan sudah berkahwin. Saya mempunyai bengkak di bahagian leher dan doktor mengatakan bengkak terjadi kerana modules di sekeliling saluran pernafasan saya. Soalan saya adakah kemungkinan saya untuk pregnant
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalahtiroid kembang ini tidak memberikan apa-apa impak tetai penghasilan hormon tiroid. Sekiranya status hormon tiroid anda terlebih (hyperthroidism) atau terkurang (hypothroidism) maka hal ini yang menganggu peluan untuk anda hamil kerana ia menganggu kitran haid anda. Namun sekiranya ia kembag tetapi tidak memberi kesan kepada hormon anda (euthyroid) maka ia tidak menganggu kitaran haid anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.