
ammaninaozil
5 tahun
Masalah tiroid membesar
Saya seorang lelaki warga Nepal…saya mempunyai masalah tiroid …saya takut kanser…sebab makin membesar…saya tak ada duit mahu jumpa doktor…macam mana nak merawat tiroid ni… tiroid saya semakin membesar…adakah ia kanser tiroid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Namun begitu, bengkak di leher boleh membawa maksud penyakit lain juga seperti limfoma atau jangkitan biasa. Tiroid membesar juga boleh disebabkan oleh masalah goiter atau juga dikenali sebagai kekurangan penghasilan tiroid akibat diet mahupun masalah genetik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.