akmarashari00
3 tahun
Masalah tulang belakang L5
Hi umur sy 20 tahun. Sebelum ni xray, dr ckp ada fracture dekat tulang L5. Then rujuk dengan dr ortho, dr ckp bukan fracture tapi sejak dari kecil lagi tulang belakang tak bercantum. Betul ke ada orang yang tulang tak bercantum?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pihak kami tidak boleh boleh mengulas tentang masalah kesihatan anda tanpa maklumat tentang laporan imbasan yang anda hadapi. Hal ini kerana, terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh merujuk kepada tulang tidak bercantum dan kami memerlukan maklumat menggunakan terma perubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
























