
Sulit
5 tahun
Masalah tulang belakang
Hi doktor. Saya wanita berusia 22tahun… pada tahun 2015, saya pernah xray tulang belakang dan normal (lurus) tetapi pada bulan 4 lepas, saya xray dan mendapati tulang belakang saya bengkok . Adakah ia akan menjadi serious kalau tidak membuat rawatan ? Terima kasih .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tulang belakang yang normal seharusnya lurus dari pandangan belakang dan disertai 3 lekukan normal dari sisi tepi. Tulang belakang yang bengkok boleh membawa beberapa masalah, antaranya:
- masalah pernafasan (menekan paru-paru)
- low back pain sakit tulang belakang
- keyakinan diri berkurang (akibat bahu dan belakang senget)
- kerosakan saraf akibat tertekan oleh tulang yang bengkok
- cecair tulang belakang bocor
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.