
Sulit
4 tahun
Masalah ubat dan supplement
Hai, saya berumur 19 tahun. Tahun lepas haid saya tak datang selama 4bulan dan saya ke farmasi untuk mengambil ubat, dia memberi ubat yang bernama SunoLut untuk dimakan selama 3malam, 2biji sekali makan, tapi saya mengambil kesemua ubat yang diberi (10 biji dalam masa 5hari). Selepas makan ubat yang diberi, haid saya normal pada bulan pertama selepas saya mengambil ubat tersebut, pada bulan kedua, haid saya keluar sedikit, bulan ke 3 ,4 ia kembali tidak datang. Jadi saya ke farmasi lagi untuk mengambil sunolut lagi, para farmasi mengesyorkan saya untuk mengambil evening primrose oil , baik untuk wanita. Tapi kesannya agak lambat. Sekarang saya mengamalkan EPO dan mahu mengambil SunoLut itu, berapa biji yang saya perlu ambil bergantung kepada apa yang saya telah buat pada sebelum ini. Terima kasih atas penjelasannya ya Doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasihatas soalan yang dituju.
Untuk malkuman anda, Sunolut ini merupakan sejenis pil perancang yang mengandungi Progesterone yang digunakan bagi merawat masalah haid yang tidak datang atau ketidakseimbangan hormon yang tengah berlaku dalam badan anda. Pengunaannya adalah dimulakan pada hari ke 5 ketika kedatangan haid, dan ia diambil sebanyak 1 biji sehari selama 28 hari (satu kitaran haid yang lengkap).
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jumlah dos ubat yang anda ambil sebelum ini adalah berbahaya terhadap kesihatan umum anda kerana ia akan memberi risiko terhadap kesan terlebih dos ubat tersebut seperti muntah, loya, pembesaran payudara dan juga pendarahan vagina yang tidak diinginkan. Kemungkinan masalah haid yang tidak datang setelah 3-4 bulan lepas penggunaan sunolut adalah dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kesan sampingan ubat tersebut seperti haid tidak teratur atau kembali haid tidak datang.
- Masalah haid tidak datang anda adalah disebabkan oleh penyakit reproduktif wanita yang perlu dikenalpasti lebih lanjut. Penyakit-penyakit tersebut tidak boleh dirawat hanya menggunakan ubat Sunolut ini.
- Masalah ketidakseimbangan hormon yang tidak dapat dikawal menggunakan ubat Sunolut tersebut dan mungkin perlu siasatan lanjut mengenai kesihatan reprodukti wanita anda.
Evening Primrose Oil merupakan sejenis makanan tambahan yang mengandungi omega 6, gamma-linolenic acid dan juga linolenic acid, iaitu sejenis asid lemak yang berkhasiat. Ia dikatakan dapat membantu mengurangkan keradangan dan juga merawat simptom-simptom kedatangan haid dengan mengawal keseimbangan rembesan hormon wanita sepanjang kitaran haid. Kemungkinan makanan ini boleh membantu masalah anda dengan syarat, anda tidak mempunyai sebarang penyakit dalaman yang perlu disiasat lebih lanjut.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor sakit puan anda bagi mengetahui punca masalah haid tidak datang atau tidak teratur ini serta mendapat pendapat beliau mengenai penggunaan Sunolut ini terhadap situasi anda, setelah melalui siasatan kesihatan lebih lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.