
Sulit
4 tahun
Masalah untuk merawat gusi bengkak dan bernanah apabila dipicit
sy mengalami gusi rahang bawah sebelah kiri. sy cuba guna petua yg biasa org pakai iaitu kumur guna air garam. rasa lega juga guna petua tu tetapi rasa bengkak tu masih ada. pabila dipicit bengkak tu,terkeluar nanah. sampai berdarah sy picit sbp nak bagi rasa selesa. lepas tu sy guna lg air garam. apakah ianya akn sembuh atau ada cara lain untuk mengubatinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gusi bengkak dan bernanah yang anda alami. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Keradangan pada ruang gigi yang tercabut
- Jangkitan kuman atau bakteria pada ruang gigi atau gusi
- Ruangan sinus yang terdedah melalui lubang gigi yang dicabut. Ini adalah serius kerana ia boleh menyebabkan fistula antara mulut dengan sinus yang terdapat pada kawasan tepi hidung (maxillary sinus) dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan keradangan ( Sinusitis )
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Berikutan adanya risiko jangkitan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda untuk memantau perihal tersebut bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diinginkan. Rawatan yang tuntas oleh doktor diperlukan untuk penyembuhan yang sempurna bagi gusi anda. Buat masa sekarang, anda dinasihatkan untuk tidak memicit nanah tersebut bagi mengelak sebarang penyebaran jangkitan yang lebih meluas.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih