Anonymous
6 tahun
Masalah urat di zakar
Saya dapati kulit zakar bengkak dan urat menjadi keras sebahagianya… Ini pertama kali terjadi. Apakah masalah ini serius. Tidak ada rasa sakit tetapi semasa zakar tidak ereksi keadaan kulitnya seperti bentan dan urat sebahagian rasa keras
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah yang digambarkan oleh saudara boleh disebabkan atas faktor-faktor seperti:
- Benjolan kerana jerawat
- Jangkitan kulit (“Cellulitis”)
- sist (“Cyst”)
- Penyakit kelamin (seperti jangkitan HPV virus)
Untuk mengetahui punca masalah tersebut lebih informasi perlu diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





































