
Sulit
5 tahun
Masalah urat tangan keras dan bengkak
Tangan kanan saya tiba tiba rasa sakit kemudian saya rasa urat tangan kanan saya bengkak dan keras. seluruh tangan saya rasa kebas dan bengkak sampai saya susah nak genggam, kalau genggam tangan saya akan menggigil. Terutama pada waktu malam tangan saya akan rasa kebas dan lenguh. sekarang ni urat saya bengkak untuk kedua dua tangan saya. saya sudah pergi jumpa doktor dan makan unat sendi urat tapi masih tidak elok. Dah seminggu mcm ni kenapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tangan bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
- Alahan pada persekitaran
- Trauma
- Masalah kulit dermatitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih