
Sulit
3 tahun
Masalah usus & buasir
saya berumur 25 tahun, hampir 4bulan kekerapan saya membuang air besar adalah setiap hari sebelum jam 8.00, namun 2bulan pertama saiz air besar sederhan dan kecik, 2bulan selepas itu saiz air besar saya pendek & kecil. sebelum ini saya pernah ada buasir dalam 3hari. Adakah itu normal disebabkan saya membuang setiap pagi atau ada masalah usus/buasir?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang membuang air besar setiap hari dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ianya normal untuk seseorang individu untuk membuang air besar setiap pagi dan ianya juga dikira sebagai usus yang sihat, namun terdapat juga isu-isu kesihatan yang mencurigakan seperti ;
Masalah usus
IBS ( Irritational Bowel Syndrome )
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor ataupun doktor pakar kita atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.